Wednesday, May 25, 2016

FROZEN SHOULDER

BAHU MEMBEKU???

Hai semua,.sori la lambat pulak kami bersiaran hari ni. Banyak sangat masalah teknikal. Tak pe, kami still akan berkongsi something dengan anda semua.

Okey, jom kita mulakan...

Eyh jap.. nape pelik sangat tajuk hari ni ye. Dah macam bunyi BBQ tapi xkan nak BBQ bahu pulak. Selalu orang BBQ ayam ke daging ke.

Hehe.. tak la. gurau je. Sebenarnya hari ni kami nak share pasal salah satu penyakit yang selalu terjadi kat bahu, nama penyakit tu ialah 'frozen shoulder'.

Hah, kan da jadi 'bahu membeku' tu bila kita direct translate. =) Hihi.. tak lah. Frozen shoulder ni dalam bahasa melayu dia ialah kekakuan atau keketatan sendi bahu.

Macam ni, frozen shoulder ni ada 3 fasa. Fasa 1, selalunya siapa yang kena masalah ni, akan rasa sakit setiap kali nak gerak, pendek kata "asal gerak je sakit asal sakit je gerak";p

Lepas tu masuk fasa ke 2, dalam sebulan dua sakit dah kurang, tapi lain pula masalah yang timbul. Walaupun asa sakit da kurang tapi pergerakan pulak terbatas. Orang putih kata limited range of movement.

Nak pakai baju susah, nak garu belakang susah, nak seluk poket belakang seluar pun susah. Huh.. naya ni...

Last, fasa ke 3 ni paling tak sakit, tapi.... paling susah nak gerak bahu... macam dah takde bahu rasanya:(

Tapi jangan risau.. Jadi, kita  bertukar menyelamat bumi…boboiboy…!!!
Ops…sorry, iklan boboiboy pulak. Sebenarnya bagi sesiapa yang kena frozen shoulder ni jangan risau sebab kami boleh membantu insyaAllah.

Tapi… rasanya macam da panjang sangat pulak post ni. Nanti kang, ada pulak yang tertido time baca post ni. Okey la, tu je nak share,  nantikan pos kami yang akan datang ye. Nanti kami kongsikan macam mana nak selesaikan masalah ni.

Love,
Fb page: Big Heart Physio
012-2998620 (helmi) / 013-2935318 (aini)

#bigheartphysio #fisioterapirumahkerumah

No comments:

Post a Comment